MISI KAMI
Memberikan rawatan dialisis terbaik untuk anda
- Komited & Berdedikasi
- Profesional
- Mesra Pesakit
Hubungi kami:
03-6189 6010
Emel kami:
prdi_hq@islahdialisis.com
Perkhidmatan Kami
Perkhidmatan Hemodialisis
Pemeriksaan Darah
Konsultasi Doktor
Pengangkutan
Sajian Makanan Dan Wifi
Pengisian Rohani
Lokasi
Cawangan Kami
testimonial
Apa Kata Mereka?
Alhamdulillah, makcik menerima layanan yang baik dari semua kakitangan Islah termasuklah perkhidmatan pemandu yang disediakan oleh pihak Islah. Perkhidmatan yang diberi sangat berpuas hati. Suasana yang tenang dan seronok ketika sedang menjalankan Rawatan. Selain itu, jururawat turut memberikan nasihat dan penekanan tentang penjagaan pemakanan dan kesihatan. Begitu juga dengan doktor pakar yang profesional menjaga pesakit disini dengan baik.
Pn. Zainab
Islah mempunyai kakitangan yang mesra pelanggan, berhemah didalam menjalankan tugas serta banyak membantu pesakit dan pesakit dilayan seperti keluarga mereka sendiri. Begitu juga dengan pihak pengurusan yang sering turun padang mengambil tahu masalah pesakit dan kakitangan. Persekitaran tempat rawatan yang bersih serta tidak mengambil masa yang lama pada setiap permulaan rawatan.
En. Zulkifli
Alhamdulillah, perkhidmatan yang diberi oleh semua kakitangan yang cekap dan baik hati terhadap pesakit sangat memuaskan. Sehingga kini, apa yang saya perhatikan terdapat banyak penambahbaikan yang telah dilaksanakan.
En. Abu Zai Saidi
Persekitaran klinik yang bersih, jururawat yang peramah serta layanan yang mesra dari kakitangan adalah sebab mengapa saya masih kekal di sini untk mendapatkan rawatan di Islah. Walaupun pada awalnya saya memilih untuk pusat rawatan lain tetapi menukarnya di saat akhir. Sebenarnya jenama “Islah” itu sendiri telah menarik hati saya untuk mendapatkan rawatan disini. Disamping itu, Islah membawa maksud mendamaikan dan ianya sangat indah. Ucapan terima kasih saya ucapkan kepada semua kakitangan di Pusat Rawatan Islah ini.
Pn. Misnah
Saya bersyukur ditempatkan di Pusat Rawatan Dialisis Islah kerana dengan kemudahan yang ada, berdekatan dengan kawasan rumah saya, jururawat serta pesakit dari kalangan golongan bumiputra, keadaan centre yang bagus, terdapat jururawat yang berpengalaman, doktor pakar yang menjaga pesakit juga merupakan doktor yang profesional. Sekiranya terdapat pesakit yang mencari pusat rawatan dialisis, saya akan mencadangkan mereka di Islah Dialisis.