Perkhidmatan Hemodialisis

Kami menjalankan perkhidmatan hemodialisis iaitu satu proses rawatan klinikal yang membuang lebihan cairan dan bahan kumuhan daripada darah pesakit. Proses dan prosidur rawatan dilakukan menggunakan mesin hemodialisis menggunakan alat pengganti buah pinggang yang dikenali sebagai “Dialyser” atau buah pinggang palsu. Proses rawatan akan menggambil masa minima 4 jam , 3 kali seminggu.

Pesakit perlu mempunyai tapak saluran dialisis samada di tangan yang dipanggil “Arteriovenus Fistula” (AVF) ataupun “catheter” bagi menjalani rawatan ini.

Pemeriksaan Darah

Bagi memastikan keadaan kesihatan pesakit sentiasa berada didalam keadaan yang baik, kami melakukan pemeriksaan darah secara berkala mengikut ketetapan pihak berwajib. Ianya juga dilakukan mengikut keperluan semasa kesihatan pesakit.

Konsultasi Doktor

Semua cawangan kami mempunyai mempunyai doktor Pakar Nefrologi dan Pegawai Perubatan yang berpengalaman dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pakar perunding serta pasukan perubatan kami sentiasa memberikan khidmat nasihat yang berterusan dan pemantauan rapi dilakukan bagi setiap pesakit.

servis-3
servis-8
Pengangkutan

Pihak kami menyediakan perkhidmatan mengambil dan menghantar pesakit bagi mereka yang memerlukan. Pemandu kami adaah pemandu yang terlatih serta mempunyai sijil Latihan Bantuan Kecemasan (BLS).

Sajian Makanan dan Wifi

Kami menyediakan sajian makanan ringan kepada pesakit mengikut nasihat doktor pakar mengenai pemakanan pesakit buah pinggang.

servis-10
Pengisian Rohani

Kami menyediakan perkhidmatan kuliah agama, kaunseling serta khidmat nasihat bagi meningkatkan pengisian rohani/spiritual serta motivasi para pesakit.

Bagaimana mahu mendaftar?

Pengurusan Pendaftaran

Pusat Rawatan Dialisis Islah mempunyai kakitangan yang akan membantu pesakit untuk membuat pendaftaran rawatan di premis kami.

Perkhidmatan

Pekhidmatan Kami
Pembiayaan Kos Rawatan

Perkhidmatan

×

Hi!

Bagaimana boleh saya bantu?

× WhatsApp