Latar Belakang

Penubuhan

Pusat Rawatan Dialisis Islah (PRDI) telah ditubuhkan sejak tahun 2004 bermula di cawangan Islah Batu Caves, Selangor. Kini Pusat Rawatan Dialisis Islah telah berkembang ke beberapa buah negeri, antaranya Pulau Pinang, Terengganu dan Kedah. Ianya bertujuan untuk membantu dan memudahkan masyarakat untuk mendapatkan rawatan dialisis yang komprehensif dan bermutu.

Matlamat

Khusus untuk membantu para pesakit buah pinggang mendapat rawatan dialisis yang terbaik. Dengan berkonsepkan pengurusan Islamik serta mesra pesakit, ianya dipelopori oleh sekumpulan pengurusan dan kakitangan yang profesional serta berpengalaman luas. Kami mengorak langkah untuk sama-sama berganding bahu dengan kerajaan bagi memastikan masyarakat yang mengalami masalah penyakit kegagalan fungsi buah pinggang diberi rawatan, kaunseling dan khidmat sokongan yang sewajarnya, supaya dengan itu mereka boleh menjalani kehidupan secara normal dengan sebaik mungkin.

Misi

Perkhidmatan berkualiti
Komited memberikan perkhidmatan berkualiti melalui prosidur dan teknologi terkini di dalam industri hemodialisis.

Profesional
Memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa profesional, beretika serta memenuhi piawaian tertinggi pihak berwajib.

Mesra Pesakit
Kami sentiasa memastikan pesakit merasa selesa dan selamat semasa berada di Pusat Hemodialisis kami. Layanan yang mesra, prihatin serta menganggap pesakit sebagai sebahagian daripada keluarga besar PRDI sentiasa menjadi keutamaan kami.

Visi

Pusat Hemodialisis Pilihan Utama di Malaysia.

Motto

Khidmat Dari Hati
Logo berbentuk Hati memberikan simbolik perkhidmatan dari hati yang ikhlas dan
mesra bersama-sama dengan tanggungjawab yang digalas oleh setiap pekerja PRDI.

LOGO-HEART

ISLAH “Q” (Polisi Kualiti)

Pusat Rawatan Dialsis Islah komited menjadi Pusat Hemodialisis Pilihan Utama Di Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan berkualiti, professional serta mesra pesakit. Kami memastikan seluruh kakitangan dan organisasi menjalani latihan dan penambahbaikan ilmu teori & praktikal terkini, proses dan sistem operasi yang ditambahbaik secara berkala, pemantauan yang rapi terhadapan segala permasalahan pengurusan pesakit & kakitangan secara berterusan dan menyeluruh. Kepuasan hati pelanggan sentiasa menjadi indeks utama prestasi perkhidmatan melalui perkhidmatan yang selamat dan pematuhan tertinggi terhadap piawaian yang ditetapkan oleh Pihak Berwajib. Kami memastikan seluruh organisasi bergerak seiring didalam memastikan polisi kualiti difahami, diamalkan dan dicapai melalui budaya “I.S.L.A.H”; memberikan “Khidmat Dari Hati”

Tentang Kami

Komiti Eksekutif
Cawangan Kami
Program
Karier

Latar Belakang Syarikat

×

Hi!

Bagaimana boleh saya bantu?

× WhatsApp