Masalah kegagalan buah pinggang tidak mengira peringkat umur. Secara umumnya, penyakit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi adalah punca masalah kegagalan buah pinggang sering terjadi di kalangan orang yang berusia.

Malangnya, penyakit kegagalan buah pinggang tiada penawarnya. Tetapi dengan rawatan yang betul anda masih berpeluang untuk terus hidup. Menghidapi masalah kerosakan buah pinggang bukanlah bermakna anda harus berputus asa. Ada orang yang masih mampu untuk hidup aktif walaupun mereka terpaksa menjalaninya dengan buah pinggang yang telah rosak.
Selagi buah pinggang seseorang sihat dan tidak bermasalah , walaupun hanya dengan sebelah buah pinggang, seseorang masih boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa.
Immunosuppressant adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan beberapa jenis dadah atau ubat-ubatan yang menyekat atau mengurangkan keupayaan badan untuk menolak organ atau tisu yang dipindahkan. Istilah lain untuk ubat-ubatan ini adalah ubat anti-penolakan.
Setiap rawatan untuk pesakit yang menjalani hemodialisis di NGO atau kos klinik swasta antara RM160 hingga RM250 setiap sesi.
Hemodialisis biasanya dilakukan selama 4 jam tiga kali seminggu mengikut nasihat dari doktor pakar nefrologi.

Ubat tahan sakit adalah bertujuan untuk melegakan kesakitan. Antara ubat tahan adalah seperti paracetamol, aspirin, ponsten dan lain-lain. Ia tidak mendatangkan bahaya sekiranya diambil dalam dos yang rendah dibawah pengawasan dan nasihat doktor. Tetapi jika seseorang kerap mengamalkan ubat tahan sakit, dalam jangka masa panjang, buah pinggang boleh menjadi rosak.

Kebanyakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang adalah yang dikumuhkan hanya melalui buah pinggang. Pelbagai jenis masalah boleh disebabkan oleh pengambilan ubat tahan sakit setiap hari berpanjangan selama bertahun-tahun. nefropati analgesik adalah penyakit buah pinggang kronik yang secara beransur-ansur membawa kepada peringkat akhir penyakit buah pinggang dan akan menyebabkan pesakit perlu untuk membuat rawatan dialisis sepanjang hayat atau melakukan pemindahan buah pinggang untuk pesakit meneruskan kehidupan.

Dinasihatkan kepada mereka yang ingin mengambil ubat tahan sakit supaya meminta nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya kerana mungkin terdapat alternatif lain yang dapat disyorkan oleh doktor.

  • Buah pinggang tidak dapat membersihkan bahan buangan toksik dari dalam darah
  • Buah pinggang tidak mengeluarkan lebihan cecair dengan baik
  • Ia boleh memberi kesan kepada tekanan darah anda yang tidak stabil
  • Ia boleh menyebabkan anemia dan penyakit tulang

Jangkitan salur kencing sering berlaku terutamanya pada golongan wanita kerana saiz tiub uretra yang lebih pendek berbanding lelaki. Jangkitan saluran kencing jarang menyebabkan komplikasi serius sekiranya rawatan betul diberi pada peringkat awal. Bagaimanapun, ada keadaan yang mana jangkitan saluran kencing tidak dirawat boleh mengakibatkan komplikasi seperti jangkitan bakteria merebak ke buah pinggang. Jangkitan ulangan boleh berlaku apabila pesakit gagal mematuhi rawatan yang diberikan sebelum ini atau disebabkan jangkitan baharu.

Secara umumnya, penyakit batu karang berulang tidak membawa kepada kerosakan buah pinggang. Tetapi ia boleh menyebabkan buah pinggang rosak jika batu karang tersebut berada dalam buah pinggang dalam jangka masa yang lama.
Kebanyakan batu-batu kecil boleh dirawat dengan pengambilan air yang berlebihan, perubahan dalam diet dan ubat-ubatan. Kira-kira 90 peratus daripada batu-batu akan keluar melalui air kencing dengan sendirinya dalam masa tiga hingga enam minggu. Sesetengah jenis batu kadang-kadang boleh dirawat menggunakan ubat-ubatan.
Mereka yang menghidapi masalah kegagalan buah pinggang boleh meneruskan kehidupannya secara normal dengan syarat bahawa mereka perlu mendisiplinkan diri untuk hadir melakukan rawatan dialisis seperti yang dinasihatkan oleh doktor pakar serta mengikuti diet pemakanan yang betul dan ubat-ubatan yang disyorkan oleh pakar perubatan
Tidak. Tetapi tabiat pemakanan yang tidak sihat boleh menyebabkan penyakit tekanan darah tinggi dan kencing manis, dan kedua-dua itu adalah punca utama kegagalan buah pinggang.
Pengambilan protein yang tinggi membawa kepada pengumpulan nitrogen dalam darah. nitrogen yang berakhir di dalam buah pinggang dalam bentuk urea, di mana ia perlu dibersihkan daripada darah dan dikeluarkan melalui air kencing. Ini boleh menyebabkan buah pinggang terjejas.
Kira-kira 10 peratus daripada penyakit buah pinggang adalah disebabkan oleh masalah keturunan. Sekiranya ibu dan bapa mereka mempunyai masalah kencing manis dan darah tinggi, anak-anak dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga untuk membuat pemeriksaan darah sekurang-kurangnya setahun sekali. Jika anak-anak anda tidak menghidapi masalah kencing manis dan darah tinggi, risiko untuk mendapat penyakit kegagalan buah pinggang tidak tinggi.
Apabila seseorang mengalami penyakit buah-pinggang kronik, tidak semestinya ada faktor keturunan. Terdapat penyakit buah-pinggang tertentu yang adalah disebabkan faktor keturunan seperti masalah genetik (Sindrom Alport, Polycystic kidney dsb). Lebih 60% punca penyakit buah-pinggang kronik di Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit kencing manis. Penyakit kencing manis adalah penyakit keturunan.
Kencing manis dan kegagalan buah pinggang adalah 2 penyakit yang saling berkait rapat. Pada mulanya pesakit mungkin mengalami masalah diabetes nefropati, iaitu terdapat protein dalam air kencing dan masalah ini berlaku dalam 1 daripada 3 orang yang menghidap diabetes. Lama-kelamaan pesakit boleh mengalami kegagalan buah pinggang. Oleh itu, adalah penting untuk mendapatkan pemeriksaan darah dan air kencing sebagai langkah berjaga-jaga sekurang-kurangnya satu tahun sekali.
Secara umumnya, kita tidak mengetahui isi kandungan ubat-ubatan herba yang ada pada zaman sekarang. Mungkin ada risiko tertentu dalam memakan ubat-ubatan herba secara berterusan. Bagi pesakit buah pinggang kronik, ia mungkin tidak selamat untuk mengambil ubat-ubatan herba kerana badan anda tidak mampu untuk membersihkan bahan buangan disebabkan buah pinggang tidak berfungsi lagi.
Orang yang sangat serius dengan masalah berat badan berlebihan mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapatkan penyakit kegagalan buah pinggang. Ini adalah kerana orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan mudah mendapat penyakit kencing manis. Penyakit kencing manis dan penyakit buah pinggang adalah berkait rapat. Pastikan pemeriksaan darah sering dilakukan sekurang-kurang setahun sekali.

Soalan Lazim

×

Hi!

Bagaimana boleh saya bantu?

× WhatsApp