Kami sentiasa menganggap kakitangan sebagai aset penting syarikat! Sebagai aset yang paling penting, kami sentiasa memastikan peningkatan kerjaya anda di sini. Nilai-nilai murni syarikat yang sentiasa menjadi pegangan dan amalan menjadikan setiap kakitangan menganggap mereka adalah sebahagian ahli keluarga syarikat. Pelbagai faedah istimewa, latihan dan peluang yang terbuka diberikan kepada semua kakitangan bagi membolehkan mereka kekal berdaya saing dan bergerak maju bersama kami.

Permohonan adalah dipelawa kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan, berdedikasi & amanah untuk mengisi kekosongan jawatan di Pusat Rawatan Dialisis Islah.

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

  • Membantu mengendali operasi rawatan hemodialisis pesakit & membantu Ketua Cawangan sepanjang masa operasi.
  • Membantu pemberian ubatan & suntikan mengikut jadual.
  • Memantau keadaan kesihatan pesakit semasa proses rawatan (mengikut peraturan/SOP Klinikal yang telah ditetapkan oleh pihak Syarikat).
  • Memastikan pesakit sentiasa berada dalam keadaan yang bersih sebelum dan selepas menjalani rawatan dan sentiasa mematuhi penjagaan kesihatan dan kawalan infeksi seperti yang telah ditatapkan di dalam polisi/prosedur “Kawalan Infeksi/Infection Control” yang relah dikeluarkan oleh pihak Syarikat.
  • Memastikan rekod dan data rawatan pesakit sentiasa dikemaskini.
  • Memantau tahap kebersihan/kekemasan dan keselamatan pusat rawatan terutama apabila tamat operasi sebelum dan selepas menjalani rawatan.
  • Membantu memastikan dan memantau supaya pesakit berada di dalam keadaan yang selesa semasa rawatan atau sepanjang berada di Pusat rawatan
  • Jururawat yang bertugas hendaklah melaporkan segala maklumat sekiranya terdapat kecemasan yang berlaku dilaporkan kepada Incharge Cawangan.
  • Jururawat hendaklah sentiasa mengemaskini data pesakit di dalam sistem DIMS yang telah disediakan oleh pihak syarikat.
  • Jururawat hendaklah sentiasa mengikut segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.
  • Jururawat perlu memastikan segala hartabenda syarikat berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
  • Jururawat hendaklah sentiasa aktif dalam melibatkan diri didalam sebarang program/seminar/latihan yang dianjurkan oleh pihak syarikat.
  • Memastikan setiap kakitangan perlu bersikap professional, mesra pesakit dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit.
  • Jururawat hendaklah sentiasa berjimat cermat dalam penggunaan stok barangan syarikat.
  • Melakukan segala tugasan am/khas mengikut arahan yang telah diberikan oleh Ketua Cawangan.

SYARAT KELAYAKAN, SKILL & PENGETAHUAN YANG DIPERLUKAN

  • Diploma Kejururawatan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Kemahiran Berkomunikasi (BM/English)
  • Kemahiran menggunakan komputer dan applikasi Microsoft Office/Word/Excel dll
  • Mempunyai personaliti penyabar, peramah, mudah didekati dan berhemah dengan pesakit dan rakan sekerja yang lain
  • Mempunyai sijil “Post Basic in Heamodialysis” merupakan satu kelebihan bagi jawatan ini

LOKASI CAWANGAN

  • Batu Rakit, Terengganu
  • Kuala Berang, Terengganu
  • Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  • Kuala Krai, Kelantan
  • Prima Sri Gombak, Selangor
  • Selayang, Selangor
  • Batu Caves, Selangor

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

  • Membantu mengendali operasi rawatan hemodialisis pesakit & membantu Ketua Cawangan sepanjang masa operasi.
  • Membantu pemberian ubatan & suntikan mengikut jadual.
  • Memantau keadaan kesihatan pesakit semasa proses rawatan (mengikut peraturan/SOP Klinikal yang telah ditetapkan oleh pihak Syarikat).
  • Memastikan pesakit sentiasa berada dalam keadaan yang bersih sebelum dan selepas menjalani rawatan dan sentiasa mematuhi penjagaan kesihatan dan kawalan infeksi seperti yang telah ditatapkan di dalam polisi/prosedur “Kawalan Infeksi/Infection Control” yang relah dikeluarkan oleh pihak Syarikat.
  • Memastikan rekod dan data rawatan pesakit sentiasa dikemaskini.
  • Memantau tahap kebersihan/kekemasan dan keselamatan PRDI terutama apabila tamat operasi sebelum dan selepas menjalani rawatan.
  • Membantu memastikan dan memantau supaya pesakit berada di dalam keadaan yang selesa semasa rawatan atau sepanjang berada di PRDI.
  • Jururawat yang bertugas hendaklah melaporkan segala maklumat sekiranya terdapat kecemasan yang berlaku dilaporkan kepada Incharge Cawangan.
  • Jururawat hendaklah sentiasa mengemaskini data pesakit di dalam sistem DIMS yang telah disediakan oleh pihak syarikat.
  • Jururawat hendaklah sentiasa mengikut segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.
  • Jururawat perlu memastikan segala hartabenda syarikat berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
  • Jururawat hendaklah sentiasa aktif dalam melibatkan diri didalam sebarang program/seminar/latihan yang dianjurkan oleh pihak syarikat.
  • Memastikan setiap kakitangan perlu bersikap professional, mesra pesakit dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit.
  • Jururawat hendaklah sentiasa berjimat cermat dalam penggunaan stok barangan syarikat.
  • Melakukan segala tugasan am/khas mengikut arahan yang telah diberikan oleh Ketua Cawangan.

SYARAT KELAYAKAN, SKILL & PENGETAHUAN YANG DIPERLUKAN

  • Minima – Diploma Pembantu Perubatan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Kemahiran Berkomunikasi (BM/English)
  • Kemahiran menggunakan komputer dan applikasi Microsoft Office/Word/Excel dll
  • Mempunyai personaliti penyabar, peramah, mudah didekati dan berhemah dengan pesakit dan rakan sekerja yang lain

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

  • Membantu mengambil dan menghantar pesakit sebelum dan selepas rawatan dialisis mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Membantu kerja-kerja am seperti mengangkat, menyusun dan mengemas barang-barang klinikal di stor seperti ang diarahkan oleh In Charged/Ketua
  • Membantu kerja penyelenggaraan/kebersihan di centre, selepas tugasan menghantar/mengambil pesakit
  • Memastikan kenderaan syarikat yang digunakan dijaga dan diselenggara dengan baik.
  • Membantu memimpin pesakit dan mengangkat barang-barang persendirian pesakit ketika sampai ke centre dan setelah pesakit sampai ke kediaman (sekiranya pesakit berada di dalam keadaan yang uzur)
  • Memastikan keselamatan pesakit di dalam kenderaan semasa mengambil dan selepas menghantar pesakit ke kediaman mereka.
  • Memastikan pemanduan dilakukan secara berhemah dan tidak membahayakan nyawa diri sendiri dan pesakit yang dibawa.
  • Membantu  ketua menyediakan sebarang lapuran kerosakan / servis / baikpulih kenderaan sekiranya perlu.
  • Memastikan pesakit berada didalam keadaan selesa sepanjang perjalanan pergi dan pulang.
  • Melakukan sebarang tugasan am seperti yang diarahkan oleh pihak pengurusan/ketua.

SYARAT KELAYAKAN, SKILL & PENGETAHUAN YANG DIPERLUKAN

  • Mempunyai lesen memandu yang sesuai.
  • Minima-SPM.
  • Kemahiran Berkomunikasi.  
  • Mempunyai pengetahuan/kemahiran selok belok pengendalian dan penyelenggaraan kenderaan adalah satu kelebihan.
  • Mempunyai personaliti yang penyabar,peramah, mudah didekati dan berhemah dengan pesakit.

Mohon Sekarang

Borang Permohonan Kerja


Tentang Kami

Latar Belakang
Komiti Eksekutif
Cawangan Kami
Program

Karier