Kami sentiasa menganggap kakitangan sebagai aset penting syarikat! Sebagai aset yang paling penting, kami sentiasa memastikan peningkatan kerjaya anda di sini. Nilai-nilai murni syarikat yang sentiasa menjadi pegangan dan amalan menjadikan setiap kakitangan menganggap mereka adalah sebahagian ahli keluarga syarikat. Pelbagai faedah istimewa, latihan dan peluang yang terbuka diberikan kepada semua kakitangan bagi membolehkan mereka kekal berdaya saing dan bergerak maju bersama kami.

Permohonan adalah dipelawa kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan, berdedikasi & amanah untuk mengisi kekosongan jawatan di Pusat Rawatan Dialisis Islah.

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

  • Membantu mengendali operasi rawatan hemodialisis pesakit & membantu Ketua Cawangan sepanjang masa operasi.
  • Membantu pemberian ubatan & suntikan mengikut jadual.
  • Memantau keadaan kesihatan pesakit semasa proses rawatan (mengikut peraturan/SOP Klinikal yang telah ditetapkan oleh pihak Syarikat).
  • Memastikan pesakit sentiasa berada dalam keadaan yang bersih sebelum dan selepas menjalani rawatan dan sentiasa mematuhi penjagaan kesihatan dan kawalan infeksi seperti yang telah ditatapkan di dalam polisi/prosedur “Kawalan Infeksi/Infection Control” yang relah dikeluarkan oleh pihak Syarikat.
  • Memastikan rekod dan data rawatan pesakit sentiasa dikemaskini.
  • Memantau tahap kebersihan/kekemasan dan keselamatan pusat rawatan terutama apabila tamat operasi sebelum dan selepas menjalani rawatan.
  • Membantu memastikan dan memantau supaya pesakit berada di dalam keadaan yang selesa semasa rawatan atau sepanjang berada di Pusat rawatan
  • Jururawat yang bertugas hendaklah melaporkan segala maklumat sekiranya terdapat kecemasan yang berlaku dilaporkan kepada Incharge Cawangan.
  • Jururawat hendaklah sentiasa mengemaskini data pesakit di dalam sistem DIMS yang telah disediakan oleh pihak syarikat.
  • Jururawat hendaklah sentiasa mengikut segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.
  • Jururawat perlu memastikan segala hartabenda syarikat berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
  • Jururawat hendaklah sentiasa aktif dalam melibatkan diri didalam sebarang program/seminar/latihan yang dianjurkan oleh pihak syarikat.
  • Memastikan setiap kakitangan perlu bersikap professional, mesra pesakit dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit.
  • Jururawat hendaklah sentiasa berjimat cermat dalam penggunaan stok barangan syarikat.
  • Melakukan segala tugasan am/khas mengikut arahan yang telah diberikan oleh Ketua Cawangan.

SYARAT KELAYAKAN, SKILL & PENGETAHUAN YANG DIPERLUKAN

  • Diploma Kejururawatan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Kemahiran Berkomunikasi (BM/English)
  • Kemahiran menggunakan komputer dan applikasi Microsoft Office/Word/Excel dll
  • Mempunyai personaliti penyabar, peramah, mudah didekati dan berhemah dengan pesakit dan rakan sekerja yang lain
  • Mempunyai sijil “Post Basic in Heamodialysis” merupakan satu kelebihan bagi jawatan ini

LOKASI CAWANGAN

  • Kemaman, Terengganu
  • Chendering, Terengganu
  • Kuala Berang, Terengganu
  • Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  • Ampang, Selangor
  • Selayang, Selangor
  • Prima Sri Gombak, Selangor
  • Batu Caves, Selangor

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

  • Membantu mengendali operasi rawatan hemodialisis pesakit & membantu Ketua Cawangan sepanjang masa operasi.
  • Membantu pemberian ubatan & suntikan mengikut jadual.
  • Memantau keadaan kesihatan pesakit semasa proses rawatan (mengikut peraturan/SOP Klinikal yang telah ditetapkan oleh pihak Syarikat).
  • Memastikan pesakit sentiasa berada dalam keadaan yang bersih sebelum dan selepas menjalani rawatan dan sentiasa mematuhi penjagaan kesihatan dan kawalan infeksi seperti yang telah ditatapkan di dalam polisi/prosedur “Kawalan Infeksi/Infection Control” yang relah dikeluarkan oleh pihak Syarikat.
  • Memastikan rekod dan data rawatan pesakit sentiasa dikemaskini.
  • Memantau tahap kebersihan/kekemasan dan keselamatan PRDI terutama apabila tamat operasi sebelum dan selepas menjalani rawatan.
  • Membantu memastikan dan memantau supaya pesakit berada di dalam keadaan yang selesa semasa rawatan atau sepanjang berada di PRDI.
  • Jururawat yang bertugas hendaklah melaporkan segala maklumat sekiranya terdapat kecemasan yang berlaku dilaporkan kepada Incharge Cawangan.
  • Jururawat hendaklah sentiasa mengemaskini data pesakit di dalam sistem DIMS yang telah disediakan oleh pihak syarikat.
  • Jururawat hendaklah sentiasa mengikut segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.
  • Jururawat perlu memastikan segala hartabenda syarikat berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
  • Jururawat hendaklah sentiasa aktif dalam melibatkan diri didalam sebarang program/seminar/latihan yang dianjurkan oleh pihak syarikat.
  • Memastikan setiap kakitangan perlu bersikap professional, mesra pesakit dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit.
  • Jururawat hendaklah sentiasa berjimat cermat dalam penggunaan stok barangan syarikat.
  • Melakukan segala tugasan am/khas mengikut arahan yang telah diberikan oleh Ketua Cawangan.

SYARAT KELAYAKAN, SKILL & PENGETAHUAN YANG DIPERLUKAN

  • Minima – Diploma Pembantu Perubatan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Kemahiran Berkomunikasi (BM/English)
  • Kemahiran menggunakan komputer dan applikasi Microsoft Office/Word/Excel dll
  • Mempunyai personaliti penyabar, peramah, mudah didekati dan berhemah dengan pesakit dan rakan sekerja yang lain

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

  • Membuat perancangan pengambilan kakitangan & proses temuduga secara berkala / mengikut keperluan operasi syarikat.
  • Memantau & mengemaskini kontrak perjanjian kakitangan.
  • Bertanggungjawab dalam urusan penggajian kakitangan cawangan.
  • Membuat perancangan / melaksanakan program / aktiviti yang mempromosikan / mempamerkan bidang / nilai murni syarikat bagi mewujudkan aktiviti semangat berpasukan.
  • Menyediakan bajet tahunan untuk sebarang aktiviti / program untuk pesakit dan kakitangan.
  • Membuat perancangan dan melaksanakan  latihan tahunan bagi setiap kakitangan (klinikal/sokongan/pengurusan) di cawangan berdasarkan pencapaian prestasi semasa kakitangan (kompetensi/kemahiran)
  • Merancang & membuat cadangan kepada pengurusan berkenaan kenaikan gaji / bonus / kenaikan pangkat / faedah tambahan kakitangan berdasarkan keputusan prestasi kakitangan
  • Memantau masalah disiplin kakitangan & mengambil tindakan tatatertib mengikut SOP yang telah ditetapkan.
  • Mengemaskini fail peribadi kakitangan setiap tahun.
  • Menyediakan dokumen untuk pembaharuan lesen dan penambahan kerusi bersama pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • Menyediakan dokumen surat – menyurat / memorandum / minit mesyuarat dan lain-lain.
  • Memastikan aduan daripada kakitangan dan pesakit terhadap perkhidmatan syarikat di kemukakan kepada pengurusan dan memberikan cadangan penambahbaikan / kaedah penyelesaian bersama.
  • Memastikan segala aktiviti / program / seminar yang dikendalikan oleh setiap cawangan perlu menyerahkan laporan visual/bergambar kepada pihak Jabatan Sumber Manusia, Ibu Pejabat PRDI.

SYARAT KELAYAKAN, SKILL & PENGETAHUAN YANG DIPERLUKAN

  • Mempunyai Diploma / Ijazah Sumber Manusia dan yang setaraf dengannya.
  • Kemahiran Berkomunikasi (BM / English).
  • Kemahiran Komputer (Excel / Microsoft Word / Powerpoint).
  • Mempunyai personaliti yang peramah, mudah didekati dan berhemah dengan pesakit dan kakitangan.

LOKASI CAWANGAN

  • Gong Badak, Terengganu

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

  • Menguruskan hal-hal berkaitan pembayaran gaji dan bonus.
  • Memproses pembayaran caruman kepada badan berkanun untuk pekerja & pengarah (KWSP, Perkeso, LHDN, Zakat dll.)
  • Menguruskan keluar masuk tunai runcit pejabat dan memastikan semua transaksi direkod ke dalam sistem perakaunan dan dokumen sokongan dikepilkan bersama.
  • Menyediakan pembayaran rutin bulanan mengikut tarikh yang ditetapkan (sewa bangunan, ansuran kereta, bil utiliti dll.).
  • Menyediakan pembayaran di dalam sistem eBanker dan merekod setiap butiran transaksi ke dalam sistem perakaunan termasuk pembayaran gaji, bonus dan caruman bulanan.
  • Merekod butiran pembayaran melalui autodebit ke dalam sistem perakaunan.
  • Menguruskan hal-hal berkaitan perbelanjaan pentadbiran pejabat (pembelian alat tulis, pembayaran tuntutan perubatan pekerja, mesin fotokopi dll.)
  • Memastikan bayaran rutin tahunan dibuat mengikut tarikh yang ditetapkan (pembaharuan insurans & roadtax kereta syarikat, lesen perniagaan MPS, cukai taksiran bangunan dll.).
  • Memastikan cukai bulanan syarikat dibayar mengikut jadual CP205 sebelum tarikh akhir pada setiap bulan.
  • Memproses dan membayar perbelanjaan melibatkan kad kredit syarikat.
  • Memastikan semua bayaran yang diproses mempunyai dokumen sokongan yang berkaitan dan difailkan mengikut SOP Jabatan Akaun

SYARAT KELAYAKAN, SKILL & PENGETAHUAN YANG DIPERLUKAN

  • Mempunyai Diploma / Ijazah Perakaunan dan yang setaraf dengannya.
  • Kemahiran Berkomunikasi (BM / English).
  • Kemahiran Komputer (Excel / Microsoft Word / Powerpoint).
  • Mempunyai personaliti yang peramah, mudah didekati dan berhemah dengan pesakit dan kakitangan.

LOKASI CAWANGAN

  • Prima Sri Gombak, Selangor
  • Padang Serai, Kedah

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

  • Membantu mengambil dan menghantar pesakit sebelum dan selepas rawatan dialisis mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Membantu kerja-kerja am seperti mengangkat, menyusun dan mengemas barang-barang klinikal di stor seperti ang diarahkan oleh In Charged/Ketua
  • Membantu kerja penyelenggaraan/kebersihan di centre, selepas tugasan menghantar/mengambil pesakit
  • Memastikan kenderaan syarikat yang digunakan dijaga dan diselenggara dengan baik.
  • Membantu memimpin pesakit dan mengangkat barang-barang persendirian pesakit ketika sampai ke centre dan setelah pesakit sampai ke kediaman (sekiranya pesakit berada di dalam keadaan yang uzur)
  • Memastikan keselamatan pesakit di dalam kenderaan semasa mengambil dan selepas menghantar pesakit ke kediaman mereka.
  • Memastikan pemanduan dilakukan secara berhemah dan tidak membahayakan nyawa diri sendiri dan pesakit yang dibawa.
  • Membantu  ketua menyediakan sebarang lapuran kerosakan / servis / baikpulih kenderaan sekiranya perlu.
  • Memastikan pesakit berada didalam keadaan selesa sepanjang perjalanan pergi dan pulang.
  • Melakukan sebarang tugasan am seperti yang diarahkan oleh pihak pengurusan/ketua.

SYARAT KELAYAKAN, SKILL & PENGETAHUAN YANG DIPERLUKAN

  • Mempunyai lesen memandu yang sesuai.
  • Minima-SPM.
  • Kemahiran Berkomunikasi.  
  • Mempunyai pengetahuan/kemahiran selok belok pengendalian dan penyelenggaraan kenderaan adalah satu kelebihan.
  • Mempunyai personaliti yang penyabar,peramah, mudah didekati dan berhemah dengan pesakit.

LOKASI CAWANGAN

  • Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Mohon Sekarang

Borang Permohonan Kerja


Tentang Kami

Latar Belakang
Komiti Eksekutif
Cawangan Kami
Program

Karier

×

Hi!

Bagaimana boleh saya bantu?

× WhatsApp