Notis Perlindungan Data Peribadi

PENGENALAN
  1. Pusat Rawatan Dialisis Islah (PRDI) ingin memaklumkan bahawa kami menghormati dan komited untuk melindungi data serta maklumat peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
  2. Kami amat mengambil berat tentang keselamatan data peribadi anda. Notis ini bertujuan untuk menerangkan cara PRDI mengendalikan data peribadi anda, dari proses pengumpulan, penggunaan, perkongsian, pemusnahan, serta langkah-langkah keselamatan yang diambil untuk memastikan perlindungan data peribadi anda.
PENGUMPULAN DATA PERIBADI
  1. Data peribadi yang kami kumpulkan mungkin termasuk (tetapi tidak terhad kepada) perkara-perkara berikut:
    1. Butiran pengenalan diri seperti nama, nombor kad pengenalan, bangsa, jantina, kewarganegaraan, tarikh lahir, umur, gambar;
    2. Butiran untuk dihubungi seperti alamat, nombor telefon & alamat e-mel;
    3. Butiran waris seperti nama waris, status pekerjaan, nombor telefon, gaji;
    4. Data peribadi sensitif seperti maklumat kesihatan dan perubatan;
    5. Maklumat biometrik seperti cap jari, tandatangan & tandatangan elektronik
  2. Data peribadi yang kami kumpul diperoleh daripada sumber-sumber berikut:
    1. Maklumat dan/atau dokumen yang didaftarkan oleh anda;
    2. Maklumat dan/atau dokumen yang didaftarkan oleh waris anda;
    3. Pengumpulan data daripada sumber luaran yang sah dan umum, seperti media sosial, laman web, soal selidik, dan borang.
  3. Maklumat dan/atau dokumen yang disebutkan di atas boleh dikumpulkan melalui pelbagai kaedah, termasuk tetapi tidak terhad kepada serahan kendiri, platform dalam talian, melalui telefon, temu bual, dan sebagainya.
TUJUAN PENGUMPULAN DAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI
  1. Data peribadi boleh dikumpul dan/atau diproses oleh PRDI untuk tujuan berikut:
    1. Pendaftaran untuk menerima perkhidmatan rawatan;
    2. Pengenalpastian waris atau orang tanggungan;
    3. Komunikasi dan urusan surat-menyurat;
    4. Aktiviti pemasaran dan promosi (jika berkaitan);
    5. Proses pembayaran atau urusan kewangan yang berkaitan;
    6. Pematuhan kepada kehendak undang-undang serta keperluan pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Malaysian Society for Quality in Health (MSQH), hospital, atau klinik yang berkaitan;
    7. Kajian statistik dan analisis data bagi penambahbaikan perkhidmatan kesihatan;
    8. Penyimpanan rekod rawatan pesakit mengikut keperluan undang-undangdan polisi organisasi
  2. Segala pemprosesan data peribadi oleh PRDI dilakukan sepenuhnya di dalam Malaysia. Kami tidak memindahkan sebarang data peribadi ke luar negara, sejajar dengan pematuhan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta709).
PENZAHIRAN DATA PERIBADI
  1. Data peribadi yang kami simpan adalah sulit dan akan dirahsiakan. Namun begitu, bagi membolehkan PRDI menyediakan perkhidmatan rawatan dengan berkesan, dan tertakluk kepada keperluan undang-undang yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa, data peribadi anda mungkin didedahkan atau dikongsi kepada pihak-pihak berikut;
    1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
    2. Malaysian Society for Quality in Health (MSQH);
    3. Hospital atau klinik yang berkaitan;
    4. Pihak lain yang diberi kuasa dan dipersetujui oleh anda.
DASAR KESELAMATAN
  1. Pusat Rawatan Dialisis Islah komited untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan data peribadi anda. Segala data, sama ada dalam bentuk fizikal mahupun digital, akan dilindungi selaras dengan dasar dan polisi keselamatan data yang telah ditetapkan.
  2. Sekiranya Pusat Rawatan Dialisis Islah mendedahkan data peribadi kepada mana-mana pihak yang diberi kuasa, pihak tersebut dikehendaki untuk melindungi data tersebut dengan sewajarnya dan mengikut standard keselamatan yang ditetapkan.
  3. Pusat Rawatan Dialisis Islah hanya akan menyimpan data peribadi untuktempoh yang diperlukan sahaja, dan akan mengambil langkah-langkah yang munasabah bagi memastikan data peribadi dimusnahkan atau dipadamkan secara kekal apabila ia tidak lagi diperlukan.
HAK DAN TANGGUNGJAWAB ANDA
  1. Anda mempunyai hak, pada bila-bila masa, untuk:
    1. Mengakses data peribadi anda;
    2. Mengemas kini data peribadi anda dari semasa ke semasa bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat, terkini dan lengkap;
    3. Memilih untuk tidak memberikan data peribadi kepada PRDI; dan
    4. Menarik balik atau mengehadkan persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi oleh PRDI.
  2. Walau bagaimanapun, kegagalan untuk memberikan data peribadi secara lengkap atau penarikan balik/sekatan terhadap persetujuan memproses data peribadi mungkin menyebabkan PRDI tidak dapat menyediakan perkhidmatan rawatan dengan sewajarnya kepada anda.
  3. Sebagai pemilik data, anda bertanggungjawab untuk memastikan data peribadi yang diberikan kepada PRDI adalah lengkap, tepat, dan terkini. Anda juga memahami serta mengakui bahawa PRDI menerima data peribadi yang diberikan, dan anda bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada PRDI secara bertulis sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau perubahan bagi tujuan pembetulan.
PENGEMASKINIAN NOTIS PRIVASI PRDI
Pusat Rawatan Dialisis Islah (PRDI) berhak untuk meminda dan/atau mengemaskini Notis Perlindungan Data Peribadi ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan atau kemas kini akan dimaklumkan melalui paparan notis perubahan di lama web rasmi kami.

Perlindungan Data Peribadi