20 April 2024

Majlis Perasmian & Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pusat Rawatan Dialisis Islah Cawangan Kampung Raja
Majlis Perasmian & Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pusat Rawatan Dialisis Islah Cawangan Kampung Raja

Pusat Rawatan Dialisis Islah Cawangan Kampung Raja telah menganjurkan Majlis Perasmian cawangan beserta Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan menerima kunjungan oleh Yg Berbahagia Ustaz Dr Riduan bin Mohamad Nor, ADUN Jerteh.

18 April 2024

Majlis Perasmian & Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pusat Rawatan Dialisis Islah Cawangan Batu Rakit
Majlis Perasmian & Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pusat Rawatan Dialisis Islah Cawangan Batu Rakit

Pusat Rawatan Dialisis Islah Cawangan Batu Rakit telah menganjurkan Majlis Perasmian cawangan beserta Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan menerima kunjungan oleh Yg Berbahagia Ustaz Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu.

1 March 2024

Pembukaan Pejabat Urusan Islah Healthcare Holdings Sdn Bhd
Pembukaan Pejabat Urusan Islah Healthcare Holdings Sdn Bhd

Alhamdulillah pada 1 March 2024, secara rasminya pejabat urusan Islah Helathcare Holdings telah beroperasi di alamat No. 1-116 Prima SG 4, Prima Sri Gombak, 68100, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

31 Januari 2024

Majlis Menandatangani Perjanjian Penyelidikan (PRDI & UniSZA)
Majlis Menandatangani Perjanjian Penyelidikan (PRDI & UniSZA)

Pada 31 Januari 2024, PRDI telah memeterai perjanjian penyelidikan (Research Agreement) bersama UniSZA. Pemeteraian Perjanjian Penyelidikan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif PRDI bagi memperkukuhkan lagi hubungan dan kerjasama dalam bidang penyelidikan serta program pemindahan ilmu dan teknologi di antara PRDI dan UniSZA. Kerjasama yang dijalinkan adalah melalui pembangunan sistem, modul dan aplikasi yang diberi nama "Education and Diary with Reporting and Intelligent for dialysis System (EDRIS)”.

14 Oktober 2023

Islah Night 2023
Islah Night 2023

Sambutan hari keluarga "Islah Night 2023 - A Night To Remember" telah berlangsung pada 14 Oktober 2023 di Bertam Resort & Water Park Pulau Pinang. Sambutan ini juga adalah sempena ulang tahun ke-19 penubuhan Pusat Rawatan Dialisis Islah.

4 September 2023

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Kolej Antarabangsa Murni dan Pusat Rawatan Dialisis Islah (PRDI).
Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Kolej Antarabangsa Murni dan Pusat Rawatan Dialisis Islah (PRDI).

Majlis MoU ini adalah salah satu langkah pertama PRDI untuk menjalin hubungan kerjasama diantara Kolej/Universiti terutama yang mempunyai kursus Kejururawatan dan Pembantu Perubatan. MoU ini akan membuka peluang baru untuk PRDI mendapatkan kakitangan dari Kolej/Universiti dan dalam masa yang sama pihak Kolej/Universiti dapat manfaat dari pihak PRDI dari segi ilmu dan latihan di dalam bidang dialisis.

1 Ogos 2023

Akreditasi MSQH - PRDI Batu Caves
Akreditasi MSQH - PRDI Batu Caves

Pusat Rawatan Dialisis Islah cawangan Batu Caves telah menerima akreditasi MSQH yang telah disampaikan oleh Prof Dato' Hj Abdul Rahim Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif MSQH. Jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya kakitangan atas komitmen, kerja keras, usaha, dan dedikasi mereka untuk mencapai pencapaian penting ini.

Program

×

Hi!

Bagaimana boleh saya bantu?

× WhatsApp