PILIHAN SAYUR SAYURAN RENDAH KALIUM SESUAI UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG
Pemilihan sayur yang betul penting untuk kesihatan buah pinggang. Berikut adalah beberapa pilihan sayur sayuran rendah kalium sesuai untuk pesakit buah pinggang:
– Kobis – Rendah Kalium, kaya dengan vitamin K, C, dan serat.
– Bunga Kubis – Sumber yang baik untuk serat, vitamin C, dan antioksidan.
– Timun – Rendah kalium dan baik untuk hidrasi.
– Salad Hijau – Rendah kalium.
– Kacang Panjang – Rendah kalium, tetapi pastikan dimakan dalam jumlah sederhana.
– Lobak merah – Jika diambil dalam jumlah terkawal, ia memberi manfaat melalui beta-karoten dan seratnya.
– Lada Benggala – Mengandungi vitamin C serta antioksidan yang baik untuk kesihatan tubuh.
Terdapat juga sayur sayuran yang perlu dielakkan atau dikawal oleh pesakit buah pinggang. Antaranya:
– Bayam dan sawi – Tinggi kalium dan fosforus.
– Tomato dan kentang – Sangat tinggi kalium.
– Cendawan – Kaya dengan fosforus, perlu dihadkan dalam diet pesakit.
– Terung – Terung mengandungi kadar kalium yang sederhana, tetapi jika diambil dalam jumlah besar, ia boleh meningkatkan tahap kalium dalam darah, yang berbahaya bagi pesakit buah pinggang.
Namun, ingatlah bahawa keperluan makanan setiap orang berbeza, terutama bagi mereka yang ada masalah buah pinggang. Jika anda ada masalah atau risau tentang buah pinggang, boleh berbincang dengan pakar kesihatan atau pakar diet yang boleh berikan nasihat peribadi berdasarkan kesihatan anda.