APA ITU HEMODIALISIS?
  • Rawatan bagi kegagalan Buah Pinggang selain Peritoneal Dialisis, Pemindahan Buah Pinggang dan Penjagaan Paliatif Renal.
  • Fungsi rawatan hemodialisis adalah membantu dalam menyingkirkan bahan buangan dan lebihan cecair dalam badan menerusi mesin dialisis.
  • Rawatan dilalukan setiap 3kali/minggu, 4jam/sesi.
  • Ianya memerlukan mesin dialisis yang perlu dilakukan di pusat dialisis atau hospital dengan bantuan jururawat dan doktor untuk pemantauan keberkesanan rawatan.
PERMULAAN RAWATAN DIALISIS
  • Persediaan fistula (Penyambungkan urat (vein) dan arteri) melalui pembedahan kecil yang selalunya disediakan di lengan pesakit.
  • Ini bagi meningkatkan dan melancarkan peredaran darah untuk persediaan rawatan Hemodialisis.
  • AV fistula memerlukan tempoh tiga minggu hingga 3 bulan untuk matang sebelum ia boleh digunakan untuk tujuan dialisis. Senaman khas dan penjagaan fistula diperlukan.
  • 2 bilah jarum perlu dimasukkan ke dalam akses vascular: satu untuk mengalirkan darah keluar untuk dibersihkan; manakala satu lagi untuk mengembalikan darah yang bersih balik semula ke badan.
  • Jika tiada fistula tetapi perlukan rawatan segera; kateter akan dimasukkan untuk sementara.
  • Viral Status untuk memastikan status hepatitis psakit untuk perancangan dan penempatan pesakit di Pusat Dialisis.
SEMASA RAWATAN DIALISIS
  • Darah akan dipam keluar dari badan melalui akses arteri fistula. Semua sisa kotoran dan cecair yang berlebihan turut diserap keluar merentasi membrane dialyzer yang digelar “buah pinggang tiruan’.
  • Darah yang sdah dibersihkan akan dikembalikan semula di dalam badan.
  • Hanya sedikit sahaja yang rawatan dialisis boleh bantu tetapi dari segi fungsi buah pinggang yang lain tetapi memerlukan penambahan seperti ubat tambah darah dan infusi iron (jika memerlukan)
  • Oleh sebab itu; pemantauan darah berkala dan pemeriksaan dari doktor serta kakitangan yang berpengalaman dan terlatih diutamakan.
  • Kerjasama dari pesakit, waris serta sokongan bantuan sosial amatlah diperlukan bagi memastikan jagarawatan pesakit secara holistik yang optimum dapat dicapai.
KOMPLIKASI SEMASA RAWATAN HEMODIALISIS?
  • Pembekuan darah dalam fistula, tiub dan dialyzer
  • Tekanan darah dan gula rendah
  • Pendarahan
  • Jangkitan darah dan akses dialisis (fistula atau catheter)
  • Kekejangan otot
  • Reaksi alergi
  • Mual, Mengantuk dan Letih

Kesemua risiko dan komplikasi di atas telah diambil kira dalam persediaan sebelum, semasa dan selepas rawatan. Setiap pesakit mengalami pengalaman yang berbeza; Oleh sebab itu, kakitangan perlu melakukan penilaian, merancang dan memantau pesakit secara berkala dan mengikut keperluan individu pesakit. Kerjasama dari pesakit juga amat penting untuk memastikan semua gejala tersebut dapat dielakkan.

APA YANG PESAKIT PERLU LAKUKAN SEMASA PROSES HEMODIALISIS?
  • Memastikan kehadiran setiap sesi dialisis yang telah dirancang.
  • Pastikan mendapat rawatan yg cukup 3kali/minggu, 4jam/sesi.
  • Kawal pemakanan dan Pengambilan cecair
  • Atasi Anemia
  • Penjagaan fistula dan kateter.
  • Maklumkan pada kakitangan center jika mengalami keabnormalan.
ADEKUASI HEMODIALISIS – KUALITI DIALISIS YANG OPTIMUM dipengaruhi:
  • Waktu dialisis yang mencukupi (4jam/sesi, 3kali/minggu)
  • Jenis dialyzer (yang bersesuaian dangan pesakit)
  • Kecepatan aliran darah (Quick Blood) / Pam darah yang lebih laju dan bersesuaian dengan akses pesakit
  • Memastikan pelancaran sepanajang proses rawatan dialsis: tiada darah beku di dalam aliran tiub darah, mesin dan system perawatan air yang diselengara secara berkala
  • Quick of Dialysate (QD), pam dan penggunaan dialysate yang bersesuaian dengan rawatan.
KEPENTINGAN MENDAPATAN ADEKUASI HEMODIALISIS
  • Lebih sihat dan mengelakkan diri dari mudah mendapat penyakit.
  • Mampu beraktiviti dengan lebih selesa dan Bahagia.
  • Dapat bekerja dan memenuhi keperluan diri dan keluarga.
  • Sentiasa dalam kondisi yang sihat dan bersedia agar diberi peluang yang lebih cerah jika mendapat peluang bagi Pemindahan Buah Pinggang.
×

Hi!

Bagaimana boleh saya bantu?

× WhatsApp